Kim Jong-Un kekal sebagai pemimpin tertinggi Korea U

Kim Jong-Un kekal sebagai pemimpin tertinggi Korea U

SEOUL, 1 Mei (AFP) – Selepas empat tahun rombakan peringkat tertinggi, penyingkiran dan penghukuman mati, Kim Jong-Un akan secara rasmi mengukuhkan status mutlaknya sebagai pemimpin tertinggi Korea Utara pada kongres parti memerintah minggu ini.

Perhimpunan pertama seumpamanya itu dalam tempoh hampir 40 tahun adalah benar-benar seumpama upacara pemahkotaan – yang mengiktiraf pemimpin muda berusia 33 tahun sebagai pewaris sah kepimpinan dinasti yang dimulakan oleh datuknya, Kim II-Sung dan diturunkan melalui mendiang ayahnya, Kim Jong-Il.