Kim pertahankan ujian ‘bom hidrogen’

Kim pertahankan ujian ‘bom hidrogen’

SEOUL, 10 Jan (AFP) – Pemimpin Korea Utara Kim Jong-Un hari ini memberikan justifikasi apa yang didakwanya merupakan ujian bom hidrogen pertama negaranya sebagai pertahanan diri untuk mengelak perang nuklear dengan AS, dalam komen pertamanya sejak letupan.

Pyongyang pada Rabu melancarkan ujian nuklear keempatnya, menimbulkan kemarahan komuniti antarabangsa dan menambah ketegangan dengan Korea Selatan.

Ujian tersebut “merupakan satu langkah pertahanan diri untuk mempertahankan keamanan di Semenanjung Korea dan keselamatan serantau daripada ancaman perang nuklear berpunca dari dasar imperialis pimpinan AS,” Kim dipetik sebagai berkata.

“Ia adalah hak asasi sebuah negara berdaulat dan tindakan adil yang boleh dikritik oleh sesiapa,” tambah beliau, menurut Agensi Berita Korea (KCNA). Utara sering menuduh AS dan sekutunya menghasut perang.

Komen Kim keluar ketika satu lawatan ke Kementerian Angkatan Bersenjata Rakyat untuk mengucap tahniah kepada mereka di atas “kejayaan” peletupan, kata KCNA, tanpa memberikan tarikh lawatan.

ARTIKEL YANG SAMA