Kim Swee senarai 24 pemain bertemu Indonesia

Kim Swee senarai 24 pemain bertemu Indonesia

KUALA LUMPUR, 26 Ogos – Ketua jurulatih Harimau Malaysia Datuk Ong Kim Swee menyenaraikan 24 pemain untuk menjalani kem latihan pusat skuad kebangsaan bermula 29 Ogos, bagi persiapan menghadapi perlawanan persahabatan antarabangsa ‘A’ bertemu Indonesia di Stadium Manahan, Indonesia pada 6 Sept.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan hari ini berkata kesemua pemain perlu melapor diri di Wisma FAM, Kelana Jaya pada 29 Ogos, kecuali tiga pemain – Adam Nor Azlin, Matthew Davies dan Safawi Rasid.

Ketiga-tiga pemain itu akan melapor diri pada 31 Ogos selepas mereka selesai beraksi bersama skuad Bawah 22 negara untuk perlawanan persahabatan antarabangsa bertemu pasukan Bahrain B-22 di Stadium Shah Alam, Selasa ini.

“Banyak perubahan terpaksa dilakukan kerana masalah kecederaan dan ada yang bersara. Rata-rata pemain kali ini terdiri daripada pemain muda yang ada pengalaman antarabangsa di peringkat remaja.

Gambar fail bertarikh 18 Mei 2016 menunjukkan Datuk Ong Kim Swee (kanan) memberi penerangan kepada wartawan mengenai kedudukan pasukan Harimau Malaysia pada sidang media bulanan skuad kebangsaan di Wisma FAM. – Bernama
Gambar fail bertarikh 18 Mei 2016 menunjukkan Datuk Ong Kim Swee (kanan) memberi penerangan kepada wartawan mengenai kedudukan pasukan Harimau Malaysia pada sidang media bulanan skuad kebangsaan di Wisma FAM. – Bernama

“Mereka dipanggil semula untuk skuad senior bagi memberi peluang kepada mereka membuktikan sesuatu. Sudah tentu tempoh masa singkat untuk kem latihan pusat kali ini, dengan jadual yang padat,” kata Kim Swee.

Kim Wee berharap 24 pemain yang dipanggil itu dapat bermain secara berpasukan dengan lebih baik biarpun dalam tempoh singkat. – Bernama