Kimia di kawasan letupan dipindah

Kimia di kawasan letupan dipindah

BEIJING, 17 Ogos (dpa) – Para penyelamat mengalihkan beratus-ratus tan sianida dari tapak letupan kimia di utara China ketika angka kematian mencecah 114 orang, menurut laporan media kerajaan hari ini.

Para penyelamat menemui dua lagi mayat dalam runtuhan, Gong Jiansheng, penolong ketua jabatan publisiti bandar Tianjin berkata hari ini.

Angka terkini, 70 orang dilaporkan hilang dan 698 tercedera, termasuklah 57 dalam keadaan kritikal atau serius. Kebanyakan yang hilang adalah anggota bomba, kata Gong. Antara mayat-mayat, 39 adalah anggota bomba dan lima adalah anggota polis.

Para penyelamat mengalihkan beratus-ratus tan tong sianida yang kebanyakannya ‘tidak terjejas’, pemerintah tentera serantau Shi Luze, dipetik sebagai berkata oleh Agensi Berita Xinhua.

Tong-tong yang tidak rosak telah dibawa pergi dengan lori, dan yang bocor dikawal dan dineutralkan menggunakan hidrogen peroksida, menurutnya, dengan menambah kata bahawa tahap selamat gas berbahaya telah dikesan di tapak itu.

Pekerja penyelamat masih meneruskan pencarian di kawasan letupan di Tianjin China. – Reuters
Pekerja penyelamat masih meneruskan pencarian di kawasan letupan di Tianjin China. – Reuters

Kira-kira 700 tan sodium sianida ditemui tidak rosak, kata Bao Jingling, ketua jurutera di perlindungan persekitaran biro Tianjin, yang dipetik sebagai berkata oleh Xinhua awal hari ini.

Pengendali gudang itu mempunyai lesen untuk menyimpan 10 tan sebatian berbahaya, lapor South China Morning Post.

Letupan baru dilaporkan awal hari ini dan kepulan asap dilihat menjulang naik dari kawasan itu sebelum 8 pagi selama kira-kira tiga minit, menurut China Central Television.

Satu laporan Xinhua melaporkan ‘asap hitam telah berkurangan, tetapi api masih dapat dilihat,” ekoran letupan terbaru itu.

Perdana Menteri Li Keqiang melawat bandar pelabuhan itu semalam dan menundukkan kepala kepada potret 21 orang anggota bomba yang terbunuh.

Beliau mengarahkan pengeluaran cepat maklumat tentang letupan itu. Lima hari selepas letupan itu, tidak ada penjelasan rasmi diberikan.

“Parti dan kerajaan, terima kasih,” Li memberitahu anggota bomba dan tentera yang berhimpun.

ARTIKEL YANG SAMA