Kimpembe ganti Mangala

Kimpembe ganti Mangala

PARIS, 4 Okt – Perancis telah memanggil pertahanan PSG Presnel Kimpembe (gambar) untuk menggantikan Eliaquim Mangala yang mengalami kecederaan untuk kelayakan Piala Dunia menentang Bulgaria dan Belanda, Persekutuan Bola Sepak Perancis mengumumkan pada Isnin.

Kimpembe, 21, sebelum ini dikehendaki oleh Republik Demokratik Congo tetapi pemain B-21 Perancis itu telah dipanggil menyertai skuad penuh Didier Deschamps selepas permulaan musim menarik bersama PSG.

Mangala mengalami kecederaan semasa beraksi bersama Valencia, di mana beliau dipinjamkan dari Man City, dalam kekalahan 2-0 kepada Atletico Madrid dalam aksi La Liga, kelmarin.

Perancis akan melayan Bulgaria dalam kelayakan Kumpulan A Piala Dunia Eropah di Stade de France Jumaat ini sebelum menghadapi Belanda di Amsterdam Isnin depan. Naib juara Euro 2016 itu seri 0-0 di Belarus dalam aksi pembukaan kelayakan mereka bulan lepas.

Untuk aksi kelayakan kali ini, penjaga gol Perancis terdiri daripada Alphonse Areola (Paris Saint-Germain), Hugo Lloris (Tottenham Hotspur) dan Steve Mandanda (Crystal Palace).

Benteng Les Blues pula memaparkan Lucas Digne (Barcelona), Laurent Koscielny (Arsenal), Layvin Kurzawa, Presnel Kimpembe (both Paris Saint-Germain), Aymeric Laporte (Athletic Bilbao), Bacary Sagna (Manchester City), Djibril Sidibe (Monaco) dan Raphael Varane (Real Madrid). – AFP

Bahagian midfield pula terdiri daripada Yohan Cabaye (Crystal Palace), N’Golo Kante (Chelsea), Blaise Matuidi (Paris Saint-Germain), Dimitri Payet (West Ham United), Paul Pogba (Manchester United) dan Moussa Sissoko (Tottenham Hotspur)

Jentera serangan Deschamps pula terdiri daripada Kingsley Coman (Bayern Munich), Nabil Fekir (Lyon), Kevin Gameiro (Atletico Madrid), Andre-Pierre Gignac (Tigres), Antoine Griezmann (Atletico Madrid) dan Anthony Martial (Manchester United). – AFP

ARTIKEL YANG SAMA