KindyKare International sertai Pesta Pengguna ke-18

KindyKare International sertai Pesta Pengguna ke-18

Oleh Imelda Groves HA

Gambar oleh Dean Kassim

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Mei – Sebagai pusat jagaan harian pertama di Brunei, KindyKare International sekali lagi menjadi rakan kongsi aktiviti di Pesta Pengguna ke-18 (CF18) pada 25 hingga 29 Mei ini.

Pada pesta itu, pasukan KindyKare akan menjaga anak damit yang ditinggalkan ibu bapa untuk menyaksikan pesta pengguna. Ia dilengkapi pasukan berpengalaman dan lokasi penjagaan kanak-kanak dan bilik ibu dilengkapi dengan meja menukar lampin, pemanas botol, dan kerusi yang selesa untuk menyusu atau ibu yang menyusukan.

Salah seorang ibu, Dayang Sabrina Sallehuddin, ketika ditemu bual media semasa beliau melawat KindyKare Mini di Pesta Pengguna ke-18 itu berkata bahawa bilik ibu itu adalah sangat penting buat ibu-ibu untuk mengendalikan anak damit mereka jauh daripada orang ramai di samping mengambil masa untuk pergi membeli-belah.

Antara ahli Mini KindyKare.
Antara ahli Mini KindyKare.

“Bilik ibu adalah satu kemestian di mana-mana acara seperti Pesta Pengguna. Ia benar-benar membantu ibu-ibu untuk benar-benar berehat dan dapat mempunyai masa untuk dirinya untuk sesi mengepam atau mengendalikan anak damit jauh daripada orang ramai dan gangguan. Mempunyai kawasan permainan adalah juga satu perkara yang besar. Anak kecil boleh bermain, belajar dan berinteraksi dengan kanak-kanak lain dan penjaga manakala ibu bapa mengambil masa untuk pergi membeli-belah,“ kata Dayang Sabrina Sallehuddin.

Mini KindyKare akan dibuka dari 10 pagi hingga 9 malam dengan kadar bayaran serendah $6 sejam untuk kanak-kanak berusia 2 hingga 6 tahun.

Manakala bilik ibu adalah percuma dan hanya wanita dibenarkan untuk masuk.terletak di Zon Blue di bilik Taklimat 1.

ARTIKEL YANG SAMA