Kingston taja minuman BBA

Kingston taja minuman BBA

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Okt – Kingston Beverage & Creamery Sdn Bhd selaku salah sebuah pengedar dan pembekal minuman bertin tertua dan berprestij di negara ini akan menaja minuman bagi Persatuan Bola Keranjang Brunei (BBA) dalam Kejohanan Bola Keranjang Piala Veteran Concepts 2016.

Sehubungan itu, majlis penyerahan minuman tajaan tersebut telah diadakan di Dewan Concepts Computer, Kiulap, hari ini dan dihadiri oleh Pengurus Besar Concepts Computer, Vincent Pao bersama Pengarah Urusan Kingston Beverage & Creamery Sdn Bhd, Malcolm Lim dan Pengurus Besar, Valentine Hon.

Hadir sama di majlis itu ialah ahli-ahli jawatankuasa daripada BBA dan eksekutif kanan dari Concepts Computer dan Kingston.

Kejohanan yang akan diadakan sepanjang bulan Oktober 2016 di Gelanggang Bola Keranjang BBA, Batu Bersurat itu akan menerima tajaan minuman termasuk minuman Revive dan Red Bull.

Gambar ramai perwakilan daripada kedua belah pihak.
Gambar ramai perwakilan daripada kedua belah pihak.

Kejohanan itu akan bermula pada 15 Oktober dan dibukakan kepada pasukan yang terdiri daripada pemain-pemain yang berusia 40 tahun ke atas.

Menurut BBA, Piala Veteran Concepts adalah kejohanan tahunan yang diadakan sebagai cara untu mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan warga veteran berusia 40 tahun ke atas, di samping memupuk dan menanamkan rasa minat terhadap sukan bola keranjang dalam kalangan warga Brunei.

Orang ramai adalah dialu-alukan untuk menyaksikannya dan masuk adalah percuma.