Kipchoge akhiri emas di Rio

Kipchoge akhiri emas di Rio

RIO DE JANEIRO, 22 Ogos – Upacara penutup Sukan Olimpik Rio sedang berjalan ketika itu sejurus kemenangan Eliud Kipchoge dalam acara maraton sekali gus menandakan temasya sukan terbesar dunia itu sudah berakhir.

Atlet dan pegawai daripada seluruh dunia menghadiri upacara terbabit di Stadium Maracana sekali gus menandakan secara rasminya Olimpik pertama di benua Amerika Latin akan melabuhkan tirainya.

Pada hari terakhir, atlet Kenya Kipchoge, 31, menyinar apabila merangkul kemenangan ketujuh daripada lapan pertandingan maraton terakhir yang disertainya dengan catatan masa 2 jam 8 minit 44 saat untuk mengatasi pencabar terdekatnya dengan lebih seminit.

pg24_160822_olympic logo

Kipchoge meraikan kemenangannya selepas memenangi pingat emas dalam acara maraton lelaki di Sukan Olimpik Rio 2016, Brazil. - AP
Kipchoge meraikan kemenangannya selepas memenangi pingat emas dalam acara maraton lelaki di Sukan Olimpik Rio 2016, Brazil. – AP

Sebelum itu, pasukan bola keranjang Amerika Syarikat menyambar pingat emas ke-306 dan yang terakhir hasil kemenangan bergaya 96-66 ke atas Serbia.

Kipchoge menguasai hari terakhir olahraga yang menyaksikan Usain Bolt melengkapkan dominasi tiga kemenangan pingat emas pada tiga edisi terakhir, dengan status Russia sebagai kuasa sukan dunia jatuh menjunam gara-gara lebih daripada separuh atletnya dihalang daripada menyertai temasya ini. – AFP