Kipchoge, Mutai bersaing di Maraton Berlin

Kipchoge, Mutai bersaing di Maraton Berlin

BERLIN, 18 Sept (dpa) – Tiga atlet Kenya, Eliud Kipchoge, Emmanuel Mutai dan Geoffrrey Mutai adalah di antara sejumlah 41,224 pelari yang mendaftar menyertai Maraton Berlin pada 27 September ini, menurut para penganjur semalam.

Bekas juara 5,000 meter dunia Kipchoge memenangi perlumbaan London tahun ini dan meraih tempat pertama pada 2014 di Chicago dan Rotterdam. Dia kini menyasarkan catatan terbaiknya di Berlin selepas menduduki tempat kedua pada 2013 dengan catatan terbaik 2 jam 4 minit 5 saat dalam larian jarak 42.195km.

Geoffrey Mutai memenangi maraton Berlin dan New York 2012, dan mencatatkan keputusan paling pantas (2:03:02) pada 2011 di Boston.

Emmanuel Mutai adalah pemenang kedua dengan catatan masa 2:03:13 tahun lepas di belakang Dennis Kimetto yang memperbaiki rekod dunia kepada 2:02:57.

Kipchoge ketika menyertai Maraton Hamburg pada 2013.
Kipchoge ketika menyertai Maraton Hamburg pada 2013.

Kimetto tidak hadir di Berlin, sama juga dengan rakannya dari Kenya, Wilson Kipsang, yang memenangi edisi 2013 dengan catatan rekod dunia 2:03:23. Kedua-dua bersaing tetapi gagal menyudahkannya pada kejuaraan dunia di Beijing.

Dalam acara kategori wanita, pemenang pada 2010 dan 2012 Aberu Kebede dari Habsyah mengatasi juara dunia separuh maraton dunia dari Kenya, Gladys Cherono.