Kipsang-Keitany berentap lagi di NY

Kipsang-Keitany berentap lagi di NY

NAIROBI, 27 Okt (AFP) – Wilson Kipsang dan Mary Keitany dari Kenya akan kembali ke New York pada Ahad ini bagi mempertahankan gelaran maraton mereka, berharap kemenangan akan membantu menyelamatkan tempat mereka dalam Rio Olimpik 2016.

Bekas pemenang pingat gangsa Olimpik itu, Kipsang, 33, akan bersaing dalam maraton pertamanya sejak dipaksa untuk berhenti dengan keadaan kehausan dalam kejohanan atletik dunia di Beijing.

“Latihan saya berjalan dalam keadaan baik, dan saya berharap untuk melakukan perlumbaan bagus di New York,” Kipsang memberitahu AFP sebelum pelepasannya ke Amerika Syarikat.

“Saya berharap cuaca akan lebih baik berbanding di Beijing, di mana keadaan terlalu panas dan lembap. Saya suka berlari di New York City…saya rasa jalan raya di sana sesuai dengan saya.”

Kipsang (kiri) dan Keitany ketika beraksi di Maraton New York pada 2014. – AFP
Kipsang (kiri) dan Keitany ketika beraksi di Maraton New York pada 2014. – AFP

Bekas pemegang rekod dunia, Kipsang adalah pilihan untuk memenangi perlumbaan lelaki. Tetapi Keitany menghadapi cabaran besar untuk mengekalkan mahkotanya menentang perlumbaan yang sengit melibatkan juara bertahan maraton London, Tigist Tufa, yang menewaskannya di tangga kedua di ibu negara British pada April lalu.

Bagaimanapun, Keitany, 33, tiba di New York ketika kejayaannya mempertahankan gelaran Great North Run di bandar raya Inggeris, Newcastle, di mana dia mencatatkan masa satu jam, tujuh minit dan 32 saat pada September lalu.