Kira-kira 100 terima agihan daging korban TelBru

Kira-kira 100 terima agihan daging korban TelBru

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Sept – Ibadah korban pada hari terakhir Tasyrik terus dilaksanakan apabila kira-kira 100 orang anak-anak yatim di Daerah Brunei dan Muara dan penjaga mereka hari ini menerima daging korban daripada syarikat telekomunikasi, Telekom Brunei (TelBru).

Hadir menyempurnakan pengagihan daging korban ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Pembangunan, Dato Paduka Eddie bin Dato Paduka Haji Sunny yang turut mengagihkan baucar perbelanjaan dan hadiah sagu hati bagi tujuan mengurangkan bebanan anak-anak yatim.

Tahun ini, TelBru mengorbankan dua ekor lembu yang disertai oleh para pegawai dan kakitangannya.

Dato Paduka Eddie mengagihkan daging-daging korban kepada anak-anak yatim dan seterusnya menyampaikan baucar perbelanjaan bagi meringankan lagi beban anak-anak yatim.
Dato Paduka Eddie mengagihkan daging-daging korban kepada anak-anak yatim dan seterusnya menyampaikan baucar perbelanjaan bagi meringankan lagi beban anak-anak yatim.

ARTIKEL YANG SAMA