Kira-kira 15 maut dalam nahas bas pelancong

Kira-kira 15 maut dalam nahas bas pelancong

OAXACA, Mexico, 20 Dis (AFP) – Sekurang-kurangnya 15 orang terkorban dalam nahas jalan raya di selatan Mexico kelmarin melibatkan sebuah bas pelancong dan sebuah van penumpang, menurut pihak berkuasa.

Lebih 30 orang cedera dalam kemalangan itu, yang berlaku di negeri Oaxaca, menurut polis dan saksi pertama.

Kemalangan itu berlaku sekitar 8 malam (0200 GMT Ahad) di kampung Los Limones di sebatang jalan yang dekat dengan pantai Pasifik, kata mereka.

“Kami mempunyai laporan bahawa sekurang-kurangnya 15 orang terkorban dan lebih ramai lagi dikejarkan ke hospital,” kata pegawai polis tempatan, Faustino Lopez Rios kepada para wartawan.

Dalam twitter Palang Merah Mexico, mereka mengatakan lebih 30 orang cedera.