Kira-kira 40 maut, banjir landa tengah, timur India

Kira-kira 40 maut, banjir landa tengah, timur India

LUCKNOW, India, 22 Ogos – Kira-kira 40 orang terkorban dan ratusan ribu lagi telah dipindahkan ketika banjir melanda sebahagian besar tengah dan timur India, kata pegawai hari ini.

Hujan lebat selama berhari-hari telah mengakibatkan Sungai Ganges dan cabang sungainya telah melimpah di tahap bahaya kira-kira 48 jam lalu di lebih 20 buah daerah di negeri Madhya Pradesh, Bihar dan Uttar Pradesh.

Para pegawai berkata kira-kira 17 orang meninggal dunia di Madhya Pradesh, 14 di Bihar dan sembilan di Uttar Pradesh disebabkan lemas, terkena arus elektrik atau cedera akibat dihempap rumah runtuh.

Di bandar Allahabad, air dari Ganges telah membanjiri banyak kawasan kediaman, memaksa orang ramai untuk berpindah ke kawasan selamat. Kira-kira 12,000 orang telah dipindahkan dari kampung tanah rendah, menurut kenyataan kerajaan.

Di Bihar, 600,000 orang telah dipindahkan dan askar dan pasukan udara dalam keadaan berjaga-jaga kerana lebih banyak hujan diramalkan turun dalam masa dua hari ini, kata pegawai pengurusan bencana, Vyasji, yang menggunakan satu nama. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA