Kira-kira 400 murid kunjungi OGDC

Kira-kira 400 murid kunjungi OGDC

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

SERIA, 18 Mac – Kira-kira 400 orang dalam kalangan murid-murid dari lapan buah sekolah telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pusat Penemuan Minyak dan Gas (OGDC) di sini.

Rombongan murid-murid berkenaan adalah dari Sekolah Tunas Jaya PGGMB, Sekolah Menengah Sultan Muhammad Jamalul Alam, Sekolah Bakti Dewa, Sekolah Menengah Chung Hwa, Sekolah Rendah Keriam, Sekolah Rendah Panaga, Sekolah Rendah Rambai dan Sekolah St. James.

Sepanjang lawatan tersebut, murid-murid dan guru pengiring telah berpeluang menyaksikan demonstrasi sains oleh fasilitator OGDC, dan untuk lebih menyelesakan, rombongan telah dibahagikan kepada dua kumpulan untuk menyertai pelbagai aktiviti yang diadakan di Dewan Pameran OGDC serta di Dewan Teater.

Untuk memberikan lebih kefahaman dan pengetahuan, murid-murid juga telah diajak menjawab soalan melalui sesi kuiz, dan menjawab berdasarkan maklumat yang telah mereka kumpul semasa lawatan di kawasan Galeri Sains.

Lawatan lebih menyeronokkan apabila murid-murid dibawa melawat ke kawasan pameran tema OGDC selain berhibur dengan pengalaman yang berpengetahuan dengan menaiki Curve Ball, dan baring di atas Beds of Nails, serta menyaksikan pameran Guillotine.

Murid-murid juga telah didedahkan mengenai pentingnya penggunaan topi keledar keselamatan bagi penunggang basikal di mana mereka berkesempatan menyaksikan demo bahaya tidak menggunakan topi keledar keselamatan serta kesan akibat perlanggaran semasa kemalangan berlaku.

Lawatan telah diakhiri dengan pertunjukkan ‘Liquid Nitrogen Show” di mana murid-murid berpeluang mempelajari sifat-sifat unit cecair nitrogen dan pelbagai kegunaannya terutama dalam industri minyak dan gas.

OGDC sentiasa membukakan peluang untuk membuat lawatan ke pusat tersebut, terutama sekali pada musim cuti persekolahan ini, dan bagi mereka yang berminat boleh melayari laman web OGDC di www.ogdcbrunei.com atau menghubungi talian 3377200.

ARTIKEL YANG SAMA