Kira-kira 60 sertai Bengkel Dikir Asraqal Jawi

Kira-kira 60 sertai Bengkel Dikir Asraqal Jawi

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 14 April – Jawatankuasa Masjid Mohamed Bolkiah dan Jabatan Hal Ehwal Masjid bersama Pejabat Hal Ehwal Masjid Daerah Tutong, Kementerian Hal Ehwal Ugama, baru-baru ini, mengadakan Bengkel Dikir Asraqal Jawi di Masjid Kampung Penanjong.

Bengkel berkenaan merupakan kali ketiga diadakan yang mana bengkel ini diadakan di keempat-empat daerah, dan Daerah Tutong merupakan destinasi kedua selepas Daerah Temburong.

Kira-kira 60 orang yang terdiri daripada peserta pertandingan Asraqal Jawi, imam dan bilal, ahli jawatankuasa takmir masjid dan Muslimah-muslimah Masjid Daerah Tutong menyertai bengkel sehari itu.

Ia dijalankan dengan bimbingan Pegawai Hal Ehwal Masjid Daerah Tutong, Haji Masri bin Haji Mohamad dan Imam Masjid Kampung Penanjong, Haji Mohd Kartolo bin Haji Abang.

pg12_160415_c

Semasa bengkel Asraqal Jawi dijalankan di Masjid Kampung Penanjong, kelmarin.
Semasa bengkel Asraqal Jawi dijalankan di Masjid Kampung Penanjong, kelmarin.

Tujuan bengkel ini diadakan adalah bagi menyelaraskan masjid-masjid di keempat-empat daerah mengenai lagu dikir Brunei lama iaitu Asraqal Jawi yang mana lagu ini akan dipertandingkan bagi peringkat negara pada Mei nanti.

Selain itu, bengkel ini memberikan ilmu kepada peserta-peserta mengenai lagu dikir Brunei ini yang jarang diketahui oleh orang ramai.

Dengan adanya bengkel ini, ia akan dapat memberi tunjuk ajar kepada peserta mengenai teknik dan cara mengalunkan lagu yang begitu unik.

ARTIKEL YANG SAMA