Kira-kira 7 terbunuh dalam serbuan antidadah

Kira-kira 7 terbunuh dalam serbuan antidadah

MANILA, 15 Julai – Sekurang-kurangnya tujuh suspek terbunuh hari ini dalam satu siri serbuan antidadah di bandar selatan Filipina, menurut polis.

Tiga puluh lima suspek telah berjaya ditangkap semasa serbuan serentak di Bandar Davao, 960km selatan Manila, menurut ketua polis kumpulan penyiasatan jenayah, Benjamin Magalong. Polis telah merampas 13 senjata api, dua bom tangan dan hampir 200gm methamphetamine hydrochloride atau ‘ais’, menurutnya.

Mereka yang terbunuh dan tertangkap adalah disyaki penyeludup dadah, pencuri atau orang upahan, kata Magalong. – dpa