Kirim ke Taiwan perlu deklarasi

Kirim ke Taiwan perlu deklarasi

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Julai – Orang ramai yang mengirim barang berisi benih, tanaman dan barang hidup ke Taiwan, adalah dimestikan untuk membuat deklarasi yang lengkap.

Perkara itu adalah bagi mengelak daripada sebarang penyakit yang kemungkinan datang dari barang-barang berkenaan yang masuk ke negara Taiwan.

Jabatan Perkhidmatan Pos, Kementerian Perhubungan mengumumkan demikian dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini sambil merujuk kepada surat yang dikeluarkan oleh Chunghwa Post Co, Lt, Republik China mengenai dengan keperluan kuarantin bagi surat atau barang antarabangsa yang dihantar ke Taiwan.

Oleh itu, bagi orang ramai yang ingin untuk mendapatkan maklumat lanjut, mereka boleh melayari laman sesawang, www.baphiq.gov.tw/home.php.

ARTIKEL YANG SAMA