Kisah dongeng EPL jadi kenyataan

Kisah dongeng EPL jadi kenyataan

LONDON, 22 Mac – Dua bulan mengukuhkan cengkaman Liga Perdana musim ini menyaksikan Leicester City menghampiri gelaran dan bukanlah khayalan untuk menggambarkan Tottenham Hotspur, West Ham United dan Southampton akan menamatkan empat kedudukan teratas.

Idea bagi Chelsea, Arsenal, Manchester United, Manchester City dan Liverpool atau hanya dua daripada pasukan tersebut menamatkan tangga kelima atau lebih rendah lagi, akan dijadikan guaruan sebagai tidak masuk akal sebelum persaingan bermula Ogos depan.

Tetapi fantasi menjadi realiti yang baru dalam liga bola sepak terkaya dunia itu. Leicester mencuba 5000-1 untuk memenangi gelaran awal musim, hanya memerlukan enam kemenangan daripada tujuh perlawanan terakhir untuk memastikan mereka menjadi juara England buat kali pertama.

Tottenham, tanpa sebarang gelaran sejak 1961, adalah pencabar terdekat dan West Ham United, di tangga kelima menyamakan kutipan mata bersama Manchester United di tangga keenam, juga menghidu tempat kelayakan pertama bagi Liga Juara-Juara.

Southampton, yang bangkit setelah ketinggalan dua gol untuk menewaskan Liverpool Ahad lalu, ketinggalan empat mata di belakang Manchester City di tangga keempat yang terperangkap dalam kedudukan bawah.

 Peminat Leicester City meraikan kemenangan pasukan mereka ke atas Crystal Palace di Selhurst Park, 19 Mac lalu. – Reuters

Peminat Leicester City meraikan kemenangan pasukan mereka ke atas Crystal Palace di Selhurst Park, 19 Mac lalu. – Reuters

Jose Mourinho tahu reputasi itu tidak lagi dikira dalam Liga Perdana. Lelaki yang pernah membimbing Chelsea menjulang gelaran musim lalu dipecat Disember lalu selepas tewas sembilan daripada 16 perlawanan pertama mereka.

“Setiap kelab memiliki pemain yang bagus, jadi saya rasa sukar bagi pasukan teratas di England kerana keadaan persaingan yang semula jadi,” dia meramalkan pada Ogos selepas menyaksikan pasukan seperti Crystal Palace, Stoke City dan West Ham menandantangani beberapa pemain kelas dunia.

Chelsea, Arsenal, Manchester City, Manchester United dan Liverpool mencatatkan mata gabungan rendah setakat ini berbanding Leicester, West Ham, Southampton, Stoke dan West Bromwich Albion (241 berbanding 248). – AFP