Kisah tragik wartawan kehilangan anak damit

Kisah tragik wartawan kehilangan anak damit

KABUL, 7 Dis – Kisah tragik pasangan suami isteri wartawan Afghanistan yang kehilangan anak damit mereka berusia empat bulan dalam perjalanan ke Eropah mencetuskan gelombang kejutan di seluruh Afghanistan, mengingatkan tragedi pedih seorang kanak-kanak Syria bernama Aylan Al-Kurdi yang hanyut di pantai Turki tiga bulan lalu.

Kisah yang mengganggu perasaan tentang pasangan suami isteri wartawan dari Afghan, Qais Rahmani dan keluarganya muncul dari Turki minggu lalu ekoran kejadian berbahaya ketika mereka secara haram cuba menyeberang masuk ke Eropah menggunakan pantai Turki.

Dalam panggilan video dengan saluran TV swasta di Afghanistan, Rahmani berkongsi pengalamannya dalam perjalanan sangat menakutkan ke Eropah. “Situasi sangat sengsara kerana tidak ada air dan makanan dan kami terus berada di dalam hutan bagi satu hari satu malam dalam cuaca sejuk,” katanya.

Rahmani seterusnya menambah kata para penyeludup memulakan perjalanan mereka di siang hari kerana polis Turki melakukan rondaan di kawasan itu dan mereka memulakan perjalanan mereka sekitar pukul 5 atau 6 petang selepas mereka ditempatkan di dalam bot getah kecil.

Menurutnya, bot itu dipenuhi dengan 19 orang termasuklah lima orang kanak-kanak dan tidak ada cara untuk balik kerana para penyeludup bersenjatakan pistol dan mengancam kami supaya naik ke dalam bot. – Agensi

ARTIKEL YANG SAMA