Kit percuma u...

Kit percuma untuk Elantra

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Feb – Setelah berjaya melonjakkan jualan generasi keenam Hyundai Elantra yang dilancarkan April lalu, kini Syarikat Setia Motors Sdn Bhd memperkenalkan tawaran tambahan kit badan percuma bagi pelanggan yang membuat pembelian bermula Februari ini.

Elantra diperkenalkan lebih 25 tahun yang lalu dengan jualan lebih daripada 10 juta unit. Ia juga
menerima pelbagai anugerah termasuk Kereta Terbaik Amerika Utara, Kereta Terbaik Afrika Selatan 2012 dan peringkat tertinggi dalam segmen kereta kompak berkualiti 2014 menurut J.D. Power and Associates.

Setiap generasi Elantra sebelum ini telah menyumbangkan kepada peningkatan popularitinya dan hari ini ia menjadi model jenama Hyundai yang mempunyai rekod jualan terbaik.

Elantra serba baru ini memperkenalkan standard terbaru kereta jenis kompak sedan yang dipertingkatkan dari segi penjimatan minyak, keselesaan dan keselamatan.

Dengan pakej kit aero terbaru, Hyundai Elantra tampil lebih sportif.
Dengan pakej kit aero terbaru, Hyundai Elantra tampil lebih sportif.

Elantra dikuasakan enjin 1.6 liter Multi-Point Injection (MPI) digabungkan dengan transmisi automatik enam kelajuan yang mampu menjana sehingga 126HP.

Hyundai Elantra direka dengan bentuk yang menarik, elegan, sportif dan moden di bawah konsep ‘Evolved Fluidic Sculpture Design Styling’ dengan penampilan bentuk tajam berbanding model sebelumnya. Perubahan ketara dilihat pada bahagian depan seperti bampar, jeriji, lampu kabus dan lampu utama projector digabungkan bersama lampu LED.

Orang ramai dialu-alukan untuk menyaksikan model Hyundai Elantra serba baru ini di Bilik Pameran Setia Motors Sdn Bhd semasa waktu bekerja.