‘Kita kawan, bukan pesaing’

‘Kita kawan, bukan pesaing’

BANGKOK, 23 Julai – Perdana Menteri Thai Prayuth Chan-ocha hari ini mengetepikan kebimbangan yang mengatakan Vietnam telah menyuramkan Thailand sebagai pusat pengeluaran serantau, dan berkata Vietnam adalah seorang kawan dan bukannya pesaing.

Komen tersebut keluar ketika satu lawatan ke Bangkok oleh Perdana Menteri Vietnam Nguyen Tan Dung, dan pada masa apabila sejumlah syarikat asing sedang mengalih operasi pengeluaran dari Thailand ke Vietnam, sebahagiannya atas sebab-sebab logistik.

“Hari ini, kami menggunakan perkataan kawan dan bukannya pesaing,” beritahu Prayuth pada persidangan akhbar dengan Dung, menambah Thailand adalah rakan perniagaan terbesar Vietnam di rantau Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN).

Pegawai Thailand telah meluahkan kebimbangan bahawa Vietnam sedang menarik lebih banyak pelaburan pengeluaran asing, kebimbangan tambahan untuk kerajaan yang berusaha merangsang pelaburan persendirian untuk mempercepatkan pertumbuhan lembap.

Pergolakan politik selama satu dekad di Thailand, termasuk keganasan di jalan raya, telah menambah kepada persoalan mengenai kesesuaian negara sebagai pusat pengeluaran serantau untuk beberapa pelabur asing.

Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-O-cha (kiri) beriringan bersama Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Tan Dung (kanan) ketika memeriksa perbarisan kehormat semasa majlis mengalu-alukan kedatangan di Rumah Kerajaan di Bangkok. – AFP
Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-O-cha (kiri) beriringan bersama Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Tan Dung (kanan) ketika memeriksa perbarisan kehormat semasa majlis mengalu-alukan kedatangan di Rumah Kerajaan di Bangkok. – AFP

Prayuth ialah bekas ketua tentera yang melancarkan rampasan kuasa pada 2014 untuk menamatkan beberapa ketegangan politik. Dung memberitahu persidangan akhbar Thailand dan Vietnam bersetuju untuk menambah perdagangan dua hala kepada $20 bilion pada tahun 2020.

Perdagangan dua hala di antara Thailand dan Vietnam berjumlah $11.8 bilion pada 2014, menurut Kementerian Perdagangan Thailand.

Sejak rampasan kuasa 2014, Thailand telah berusaha untuk mempertingkat hubungannya dengan China, di mana hubungannya dengan negara jiran Vietnam telah terjejas akibat perbalahan wilayah di Laut China Selatan.

China mempunyai tuntutan bertindih dengan Vietnam, Filipina, Malaysia, Taiwan dan Brunei di Laut China Selatan di mana perniagaan laut bernilai $5 trilion melaluinya setiap tahun.

Thailand dan Vietnam berkata dalam kenyataan akhbar bersama hari ini bahawa perbalahan wilayah di Laut China Selatan telah menjejas kepercayaan dan keyakinan dan “mungkin melemahkan keamanan dan kestabilan serta keselamatan dan kebebasan pelayaran.”

Kedua-dua negara menekankan perlunya implementasi penuh dan efektif deklarasi ke atas pengendalian parti-parti di Laut China Selatan.Vietnam dan Thailand telah dituduh oleh kumpulan hak asasi kemanusiaan berhubung pencabulan hak asasi kemanusiaan yang serius. – Reuters