Kittle pendahulu Giro d’Italia

Kittle pendahulu Giro d’Italia

ARNHEM, Belanda, 9 Mei (AFP) – Pelumba dari Jerman Marcel Kittle menghasilkan kejayaan berganda semalam dengan memenangi peringkat kedua Giro d’Italia ke-99 untuk mendapatkan jersi warna merah jambu pendahulu perlumbaan.

Kittel mencatatkan kemenangan pertama dalam edisi tahun ini dengan penyudah dominan pada Sabtu lalu di Nijmegen, Belanda.

Pada peringkat ketiga dan terakhir yang diadakan di negara itu semalam, penunggang dari Etixx-Quickstep sekali lagi membuktikan sukar untuk dihentikan dalam perlumbaan menuju ke garisan penamat dalam perlumbaan 190km dari Nijmegen, yang menyaksikan peloton mengejar pelumba selebihnya yang berpisah awal hanya 1km dari garisan.

Pelumba dari Team Sky, Elia Viviani menamatkan tempat kedua, dengan Giacomo Nizzolo dari Itali melengkapkan podium.

Menerusi bonus beberapa saat yang ditawarkan pada garisan penyudah, Kittel mendahului perlumbaan dari penunggang Giant-Alpecin, Tom Dumoulin.

Kittel sekarang menuju Dumoulin dengan sembilan saat, dengan penunggang Movistar, Andrey Amador di tempat ketiga di kedudukan ke-15.

Dengan memenangi peringkat keempat pada keseluruhannya, Kittel menyamai Rudi Altig sebagai pelumba dari Jerman yang paling berjaya di Giro d’Italia dan menjadi pelumba pertama dari Jerman sejak Olaf Pollack pada 2006 untuk memakai jersi berwarna merah jambu.

“Saya terlalu gembira dengan kemenangan ini, yang mana adalah kemenangan peringkat keempat di Giro, dan saya juga mendapatkan jersi pendahulu,” kata Kittel.

ARTIKEL YANG SAMA