KJ juara Futsal Njoy

KJ juara Futsal Njoy

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Jun – Kota Junior (KJ) menewaskan I-Team Futsal 3-1 pada perlawanan akhir untuk muncul juara Kejohanan Futsal Njoy 2015.

Kejayaan itu membolehkan Kota Junior membawa pulang hadiah wang tunai $250 dan sebiji bola, sementara I-Team Futsal perlu berpuas hati dengan hadiah wang tunai $150 dan sebiji bola.

Sebanyak 20 buah pasukan telah menyertai kejohanan di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah (KSNHB) berkenaan, yang telah dibahagikan kepada empat buah kumpulan.

Daripada lima pasukan sekumpulan berkenaan, hanya dua pasukan terbaik setiap kumpulan layak meneruskan persaingan di peringkat suku akhir.

Kota Junior menang 3-2 sepakan penalti penentuan ke atas Qahar FT pada perlawanan separuh akhir, manakala I-Team Futsal mengalahkan Rooster FC, juga dengan jaringan dan kaedah yang sama.

Kota Junior muncul juara Kejohanan Njoy Futsal 2015 selepas menewaskan I-Team.
Kota Junior muncul juara Kejohanan Njoy Futsal 2015 selepas menewaskan I-Team.

ARTIKEL YANG SAMA