KJ juarai kejohanan futsal premiere

KJ juarai kejohanan futsal premiere

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Jan – Final Kejohanan Futsal Premiere Sept 2016 malam tadi menyaksikan KJ menang 1-0 ke atas RND untuk meraih gelaran juara kejohanan sehari berkenaan.

Kejohanan yang diadakan di Dewan Hangar, Kompleks Sukan Jabatan Kerja Raya (JKR) itu, tempat ketiga telah dimenangi IGS selepas pasukan berkenaan mengalahkan VB 2-0 dalam perlawanan penentuan tempat ketiga.

Sejumlah 13 buah pasukan yang dibahagikan kepada empat buah kumpulan telah menyertai kejohanan berkenaan dan hanya dua pasukan terbaik daripada setiap kumpulan yang berjaya mara ke peringkat suku akhir.

Juara Futsal Premiere Sept 2016, KJ.
Juara Futsal Premiere Sept 2016, KJ.

Pada aksi separuh akhir, KJ menewaskan IGS 1-0 untuk mara ke perlawanan akhir, manakala RND menang 4-3 menerusi sepakan penalti penentuan ke atas VB FC selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam masa sebenar.

Di peringkat suku akhir, KJ menang besar 4-0 ke atas M2SM, sementara RND menewaskan 139 FT 2-1. IGS dan VB FC pula menang 4-3 melalui sepakan penalti penentuan ke atas lawan masing-masing iaitu Phuket dan R64 selepas perlawanan masa sebenar berakhir seri, masing-masing 1-1 dan 0-0.

ARTIKEL YANG SAMA