KJ kukuh di puncak BFL

KJ kukuh di puncak BFL

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Mei – Satu jaringan pada setiap separuh masa sudah cukup untuk Kota Junior (KJ) menang 2-0 ke atas pencabarnya, Arbisyam FC sekali gus mengukuhkan kedudukannya di puncak Liga Futsal Brunei (BFL) 2015.

Ketua pasukan, Faizul Jefry membawa Kota Junior di depan pada minit ke-15. Kedudukan itu kekal sehingga separuh masa pertama berakhir.

Empat minit memasuki separuh masa kedua, kedudukan berubah menjadi 2-0 apabila Maziri berjaya menemui sasarannya di gawang Arbisyam FC.

Walau kedua-dua pasukan terus berusaha mencari gol, kedudukan 2-0 ternyata tidak berubah sehingga pengadil perlawanan meniupkan wisel penamat, sekaligus memberikan Kota Junior tiga mata berharga untuk lebih mendekatkannya kepada gelaran juara BFL2015.

Pertembungan Kota Junior (jingga) dengan Arbisyam FC (ungu) yang dimenangi Kota Junior dengan jaringan 2-0.
Pertembungan Kota Junior (jingga) dengan Arbisyam FC (ungu) yang dimenangi Kota Junior dengan jaringan 2-0.

Kekalahan itu mengekalkan Arbisyam FC di tangga keempat dengan 18 mata (28 jaringan & 16 bolos) dari 8 permainan, di belakang Shah United (54 jaringan & 22 bolos), juga daripada lapan perlawanan.

Kota Junior kini mengumpul 21 mata (51 jaringan & 12 bolos) dari 8 permainan, di depan MS ABDB yang juga mengumpul 21 mata (49 jaringan & 21 bolos) daripada sembilan perlawanan.

ARTIKEL YANG SAMA