K’jaan Sabah mahu perluas pendidikan anak tempatan

K’jaan Sabah mahu perluas pendidikan anak tempatan

KOTA KINABALU, 23 Mei (Bernama) – Kerajaan Sabah akan terus mengambil langkah proaktif meneroka dan memperluaskan peluang pendidikan anak tempatan negeri ini dalam pelbagai bidang, sama ada di dalam mahupun luar negara.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata kerajaan negeri menerusi Yayasan Sabah telah meneruskan penajaan kepada pelajar yang mengikuti kursus perubatan, kejuruteraan dan bidang profesional lain menerusi kerjasama dengan institusi pengajian tinggi awam atau swasta di negara ini.