K’jaan Sabah paling banyak guna perkhidmatan online

K’jaan Sabah paling banyak guna perkhidmatan online

SANDAKAN, 24 Mei (Bernama) – Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) mendapati kerajaan negeri Sabah adalah kerajaan negeri yang paling banyak menggunakan perkhidmatan dalam talian (online) di negara ini.

Anggota Dewan Undangan Negeri Sukau Datuk Saddi Abdul Rahman berkata perkara itu terkandung di dalam Laporan Status Perkhidmatan Dalam Talian yang dikeluarkan oleh pada 12 Januari 2015.