K’jaan sementara terus Brazil bercelaru

K’jaan sementara terus Brazil bercelaru

BRASILIA, 24 Mei (AFP) – Kerajaan pemangku presiden Brazil, Michel Temer menghadapi krisis utama yang besar hari ini apabila menteri utama mengundur diri berikutan kebocoran rakaman di mana dia dilihat membincangkan menggunakan pendakwaan Dilma Rousseff untuk menjejaskan penyiasatan rasuah yang besar.

Menteri Perancangan Romero Juca dalam kemunculan segera di depan kamera televisyen berkata dia akan mengundur diri bermula hari ini. Walaupun tidak meletak jawatan, dia tidak dijangka akan kembali, laman berita Globo melaporkan, yang memetik sumber yang rapat dengan Temer.

Skandal tersebut mengancam Temer hanya 11 hari selepas mendapatkan kuasa dari Rousseff, di mana Senat digantung pada 12 Mei pada awal perbicaraan pendakwaan atas dakwaan melanggar peraturan perakaunan kerajaan.

Juca, yang juga orang kanan Temer, dijadual akan membantu pasukan menyiasat Kongres untuk membuktikan keadaan itu – dan berpotensi mencetuskan kontroversi – langkah yang ditujukan bagi menghindarkan Brazil daripada kemelesetan. Dia berkata akan kembali kepada kerusinya dalam Senat.

Michel Temer (kiri), Presiden Senat Renan Calheiros (tengah) dan Menteri Kewangan, Henrique Meirelles dirakam ketika seorang Eksekutif menyerahkan cadangan semakan sasaran fiskal dalam Bajet 2016 kepada Kongres di Brasilia, kelmarin. – AP
Michel Temer (kiri), Presiden Senat Renan Calheiros (tengah) dan Menteri Kewangan, Henrique Meirelles dirakam ketika seorang Eksekutif menyerahkan cadangan semakan sasaran fiskal dalam Bajet 2016 kepada Kongres di Brasilia, kelmarin. – AP

Akhbar Folha mengeluarkan apa yang dikatakannya rakan perbincangan Mac lalu antara Juca dan bekas eksekutif minyak Sergio Machado. Rakaman itu didakwa dilakukan secara rahsia oleh Machado, yang juga sama seperti Juca, menjadi sasaran siasatan terhadap penggelapan besar-besaran yang menumpukan ke atas syarikat minyak Pertobas.

Dalam perbincangan tersebut, Juca didengari meminta “perjanjian kebangsaan” di mana dia mencadangkan untuk menghentikan siasatan dikenali sebagai ‘Opera Cuci Kereta’, di mana belasan ahli politik berpangkat tinggi dari pelbagai parti, begitu juga dengan eksekutif perniagaan, didakwa atau sudah disabitkan kesalahan bagi penglibatan dalam Petrobras.

Dalam ulasan Rousseff dan penyokongnya sebagai bukti bagi dakwaannya itu, proses pendakwaan adalah rampasan kuasa dalam penyamaran, kata Juca: “Kami perlu menukar kerajaan bagi menghentikan keadaan ini.”