K’jaan Thai cadang pungutan suara pada 31 Julai

K’jaan Thai cadang pungutan suara pada 31 Julai

BANGKOK, 11 Feb – Kerajaan Thailand mencadangkan 31 Julai depan untuk mengadakan pungutan suara yang ditunggu-tunggu, bagi membolehkan rakyat membuat keputusan sama ada menerima atau menolak draf perlembagaan yang digubal oleh suruhanjaya yang ditubuhkan.

Timbalan Perdana Menteri Wissanu Krea-ngarm (gambar) berkata walaupun tarikh itu belum dimuktamadkan, tarikh akhir pungutan suara boleh sama ada dilanjutkan atau dipendekkan kepada tujuh hari mulai 31 Julai.

“Berkempen sama ada ‘bersetuju atau tidak bersetuju’ mengenai draf perlembagaan (sebelum pungutan suara) akan dibenarkan tetapi ia harus dijalankan mengikut undang-undang pilihan raya dan dalam suasana keamanan dan ketenteraman di negara ini,” katanya kepada media di rumah kerajaan di sini, hari ini.

Wissanu berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat dengan beberapa agensi berkaitan untuk mengadakan pungutan suara termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya (EC), Biro Bajet dan lain-lain.

Timbalan Perdana Menteri Thai itu berkata terdapat kira-kira 50 juta rakyat Thai yang layak untuk mengundi semasa pungutan suara, daripada keseluruhan 67 juta penduduk.

pg12_160212_b

Beliau berkata rakyat Thailand juga akan mempunyai lebih banyak masa untuk mengundi semasa pungutan suara kerana tempoh mengundi akan dilanjutkan selama satu jam dari waktu asal 8 pagi hingga 3 petang, kepada 8 pagi hingga 4 petang. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA