KKBS adakan khatam Al-Quran, derma anak yatim

KKBS adakan khatam Al-Quran, derma anak yatim

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Julai – Walaupun bulan Ramadan hampir ke penghujungnya, umat Islam daripada pelbagai pihak di negara ini terus giat mengadakan majlis-majlis keagamaan untuk meraih pahala dan meningkatkan ketakwaan.

Sehubungan itu, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) mengadakan Majlis Khatam Al-Quran yang diselajurkan dengan majlis penyampaian derma kepada anak-anak yatim yang berlangsung di bangunan kementerian berkenaan di sini.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Haji Hazair bin Haji Abdullah.

Turut hadir Timbalan Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan Datin Paduka Hajah Adina binti Othman.

Suasana ketika berlangsungnya Majlis Khatam Al-Quran serta penyampaian derma kepada anak-anak yatim anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan di bangunan kementerian berkenaan.
Suasana ketika berlangsungnya Majlis Khatam Al-Quran serta penyampaian derma kepada anak-anak yatim anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan di bangunan kementerian berkenaan.

Majlis bermula dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Dayangku Ummi Syazana binti Pengiran Haji Marzuki dan seterusnya diserikan dengan tazkirah Nuzul Al-Quran yang disampaikan oleh penceramah dari Pusat Dakwah Islamiah, Drs Haji Ismuhadi bin Haji Abdullah serta Khatam Al-Quran beramai-ramai.

Di majlis berkenaan Yang Berhormat Pehin Menteri juga menyampaikan sumbangan derma kepada anak-anak yatim KKBS. Dengan adanya sumbangan tersebut diharap akan dapat membantu anak-anak yatim dalam sama-sama menyediakan keperluan menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti.

ARTIKEL YANG SAMA