KKBS terima lawatan Indonesia

KKBS terima lawatan Indonesia

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Ogos – Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof hari ini menerima kunjungan hormat daripada delegasi seramai enam orang dari Lembaga Ketahanan Nasional Republik Indonesia (LEMHANNAS) di Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS).

Rombongan lawatan itu diketuai oleh Inspektor Jeneral Polis, Drs Harwinyanto, S.H. M. Hum dan disertai oleh Marsyal Udara Pertama Agus Mundar S.E, SH Pegawai Kanan, Dr Adi Sujanto B.c. IP, Brigedier Jeneral TNI Ivan Ronald Pelealu SE, Penguasa Kanan Polis Drs Yehu Wangsajaya M.K.m dan Leftenan Kolonel Garyono.

Turut hadir semasa kunjungan hormat itu ialah Setiausaha Tetap di KKBS, Dato Paduka Dr Haji Affendy bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin dan pegawai-pegawai kanan KKBS.

Semasa kunjung hormat itu, rombongan berkenaan bertukar-tukar pandangan mengenai perkara yang berhubung kait dengan pembangunan sosiobudaya rakyat di samping berbincang mengenai usaha bagi mengeratkan lagi kerjasama di antara kedua-dua pihak.

Yang Berhormat Pehin semasa menerima kunjung hormat daripada rombongan LEMHANNAS yang diketuai oleh Drs Harwinyanto.
Yang Berhormat Pehin semasa menerima kunjung hormat daripada rombongan LEMHANNAS yang diketuai oleh Drs Harwinyanto.
Drs Harwinyanto melihat dengan lebih dekat program yang dijalankan di Pusat Pembangunan Belia.
Drs Harwinyanto melihat dengan lebih dekat program yang dijalankan di Pusat Pembangunan Belia.
Ahli rombongan ketika mengadakan lawatan kerja ke Pusat Pembangunan Belia.
Ahli rombongan ketika mengadakan lawatan kerja ke Pusat Pembangunan Belia.

Terdahulu, rombongan dari LEMHANNAS seramai 37 orang telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Pembangunan Belia di mana mereka telah diberikan taklimat mengenai peranan serta tugas KKBS oleh Pengarah Program Khidmat Bakti Negara (PKBN), Kolonel (B) Pengiran Zulkifli bin Pengiran Haji Ismail.

Mereka juga berpeluang melihat dengan lebih dekat mengenai pelbagai program dan kursus yang ditawarkan oleh Pusat Pembangunan Belia.

Rombongan dari LEMHANNAS berkenaan sedang dalam rangka lawatan kerja selama lima hari ke Negara Brunei Darussalam bermula kelmarin hingga 12 Ogos, bertujuan meningkatkan lagi kefahaman mengenai pembangunan ekonomi Brunei termasuk hal ehwal politik, pembangunan sosiobudaya dan undang-undang.

Di samping itu, lawatan juga diharap dalam mengukuhkan lagi hubungan kerjasama dengan institusi-institusi berkenaan di Negara Brunei Darussalam.

ARTIKEL YANG SAMA