KKM siasat kes keracunan makanan di Perak, Terengganu

KKM siasat kes keracunan makanan di Perak, Terengganu

PUTRAJAYA, 28 Ogos – Terkini, kejadian keracunan makanan yang berlaku melibatkan dapur asrama Sekolah Menengah Poh Lam, Lahat, Perak pada 25 Ogos 2016 yang melibatkan 70 orang pelajar.

Siasatan awal oleh KKM mendapati makanan yang disyaki adalah kari telur bagi menu makan tengahari pada 25 Ogos 2016 dan bakteria yang disyaki adalah Salmonella spp.

Selain itu kejadian keracunan makanan juga berlaku melibatkan dapur asrama Sekolah Sukan Malaysia Terengganu pada 24 Ogos 2016 yang melibatkan 12 orang pelajar.

Siasatan awal KKM mendapati makanan disyaki adalah ayam masak merah yang dihidangkan semasa menu makan malam pada 23 Ogos 2016 dan bakteria disyaki adalah Salmonella spp. Kedua-dua premis ini ditutup di bawah Akta Kawalan Penyakit Berjangkit 1988.

KKM memandang serius kejadian keracunan makanan yang berlaku di kantin dapur asrama sekolah serta institusi pendidikan. Dalam hal ini , KKM telah mengambil beberapa langkah kawalan yang berterusan. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA