KL ‘Bandar Penuh Kontras dan Variasi’

KL ‘Bandar Penuh Kontras dan Variasi’

KUALA LUMPUR, 25 April – Mulai hari ini, Kuala Lumpur (KL) dijenamakan sebagai ‘Bandar Penuh Kontras dan Variasi’.

Datuk Bandar Datuk Seri Mohd Amin Nordin Abd Aziz berkata perkataan kontras dan variasi mencerminkan kelebihan tersendiri yang dimiliki Kuala Lumpur – warisan yang kontras, masyarakat pelbagai budaya dan pelbagai agama serta pelbagai daya tarikan.

“Kuala Lumpur memerlukan satu identiti tersendiri yang diterima semua warganya dan nilai identiti ini perlulah mampu mengundang sikap ingin tahu para pengembara antarabangsa.

“Penjenamaan KL ini juga akan memberi fokus terhadap usaha membina rasa bangga. Ia akan menyemarakkan dan meningkatkan lagi rasa bangga kita dan membawa jenama KL ke pentas dunia,” katanya selepas majlis pelancaran jenama itu di sini, hari ini. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA