Klavan sertai Reds

Klavan sertai Reds

LONDON, 19 Julai – Liverpool akan menjadikan kapten Estonia, Ragnar Klavan sebagai pemain kelima yang menyertai kelab itu pada musim panas ini.

Pertahanan berpengalaman itu akan menyertai Liverpool dengan bayaran sekitar 4 juta pound yang dikatakan bakal meningkat kepada 5 juta pound dari kelab Jerman, Augsburg, sebagai penyelamat kepada barisan pertahanan tengahnya yang dibelenggu kecederaan.

Klavan yang sudah lebih 100 kali mewakili negaranya dan pada usia 30 tahun, memiliki pengalaman dan kematangan yang diperlukan pengurus, Jurgen Klopp, terutama bagi menggantikan veteran, Kolo Toure yang meninggalkan kelab itu Jun lalu.

Pengurus The Reds itu juga tidak dapat menurunkan Mamadou Sakho dan Joe Gomez pada awal musim ini kedua-duanya mengalami kecederaan dan mengakui pada minggu lalu dia perlu mengisi kekosongan itu.

Klavan menjadi pemain kelima menyertai Liverpool pada musim panas ini. – AFP
Klavan menjadi pemain kelima menyertai Liverpool pada musim panas ini. – AFP

Biarpun jurulatih Jerman itu meletakkan keyakinan terhadap Gomez dan melihat masa depan yang depan cerah bagi pemain bawah 21 tahun England itu di Anfield, dia melihat Klavan sebagai penyelesaian terbaik menangani masalah pertahanannya.

Pemain pertahanan tengah itu boleh bermain di sebelah kiri bagi mengisi ketiadaan Sakho dan sudah pun mempamer persembahan mengagumkan di Bundesliga sejak menyertai Augsburg dari AZ Alkmaar pada 2012.

Pemain itu sudah dua kali bermain menentang Liverpool pada musim lalu di Liga Europa, termasuk di Anfield apabila kelab Jerman itu tewas 1-0. – Agensi

ARTIKEL YANG SAMA