KLIA2 bagi syarikat penerbangan tambang rendah – Liow

KLIA2 bagi syarikat penerbangan tambang rendah – Liow

KUALA LUMPUR, 5 Ogos – Malaysia Airlines Berhad (MAS) boleh menikmati cukai lebih rendah dan menggunakan terminal tambang rendah klia2 sekiranya ia beroperasi sebagai syarikat penerbangan tambang rendah, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata adalah menjadi dasar kerajaan mengenakan cukai lebih rendah terhadap syarikat penerbangan tambang rendah untuk menyokong sektor itu.

“Oleh itu, saya tidak nampak sebab kenapa MAS hendak mempersoalkan perkara itu ketika ini. Lainlah kalau MAS ingin mengendalikan penerbangan tambang rendah, maka bolehlah mereka menikmati cukai lapangan terbang yang rendah.

Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika menyampaikan ucapan perasmian di majlis perasmian Perlindungan dan Indemniti Malaysia Sdn Bhd hari ini. Beliau berkata adalah menjadi dasar kerajaan mengenakan cukai lebih rendah terhadap syarikat penerbangan tambang rendah untuk menyokong sektor itu.  – Bernama

“Suatu masa dulu, MAS juga mengadakan penerbangan tambang rendah, jadi kami mengalu-alukan MAS mengendalikan syarikat penerbangan tambang rendah,” katanya kepada pemberita selepas upacara pelancaran Perlindungan & Indemniti Malaysia Sdn Bhd (P&I Malaysia), insurans maritim yang diwujudkan atas inisiatif kerjaan bagi vesel kecil di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap gesaan berulang kali ketua pegawai eksekutif MAS Peter Bellew agar kerajaan menyeragamkan caj perkhidmatan penumpang di KLIA dan klia2. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA