KLIA2 hab tambang rendah Asia

KLIA2 hab tambang rendah Asia

KUALA LUMPUR, 9 Jun – AirAsia melancarkan kempen penjenamaan untuk mempromosikan KLIA2 sebagai Hab Tambang Rendah Asia, pusat sehenti untuk ke mana sahaja dalam Asia, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tan Sri Tony Fernandes.

“Kami juga akan mula memanggil KLIA2 sebagai LCCT2 (Terminal Penerbangan Tambang Rendah). Oleh itu, dunia akan tahu nilai tambang terbaik adalah di LCCT2, untuk menghubungkan anda di peringkat global,” katanya dalam laman blog mikro, twitter.

AirAsia dan AirAsia X merupakan pengendali syarikat penerbangan terbesar di KLIA2. Syarikat penerbangan lain adalah Cebu Pacific Air dari Filipina, Tiger Air (Singapura), Lion Air (Indonesia) dan JetStar (Australia).

KLIA2 dibina untuk memenuhi pertumbuhan yang memberangsangkan dalam industri penerbangan tambang rendah dan dapat menampung 45 juta penum-pang setahun.

Orang ramai semasa pemeriksaan passport sebelum berlepas ke destinasi penerbangan masing-masing. KLIA2 akan menjadi sebagai Hab Tambang Rendah Asia, pusat sehenti untuk ke mana sahaja dalam Asia. – Bernama
Orang ramai semasa pemeriksaan passport sebelum berlepas ke destinasi penerbangan masing-masing. KLIA2 akan menjadi sebagai Hab Tambang Rendah Asia, pusat sehenti untuk ke mana sahaja dalam Asia. – Bernama

KLIA2 direka dan dibina dengan kapasiti yang lebih besar dan kemudahan terbaik, menggantikan Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT), yang mempunyai kekangan dari segi kapasiti dan pertumbuhan yang terhad.

Semalam, Fernandes turut mengumumkan bahawa AirAsia telah memulakan siri jelajahnya, “Siri jelajah pertama bagi tahun ini. Bermula di Malaysia.”

Beliau berkata destinasi akan datang adalah United Kingdom.

“Aireen (Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Bhd) bagi Singapura dan Hong Kong. – Bernama