KLIHF 2016 dilancarkan

KLIHF 2016 dilancarkan

Oleh Imelda Groves HA

Gambar oleh Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Jun – Pameran Perdagangan Fesyen Muslimah Antarabangsa (KLIHF) 2016 yang dinanti-nantikan ramai membuka tirainya hari ini di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, di sini dengan mengetengahkan kira-kira 100 petak jualan.

Pelbagai jenis hijab dan busana terbaru dan terkini boleh didapati pada pameran berkenaan yang dibawakan khas dari tiga buah negara iaitu Brunei, Malaysia dan Indonesia.

Pelancaran pameran berkenaan telah disempurnakan oleh Yang Amat Mulia Pengiran Anak Hajah Siti Radhiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Wahidah Widadul Bolqiah.

Bergambar ramai bersama penaja-penaja.
Bergambar ramai bersama penaja-penaja.

Pengerusi KLIHF 2016, Mona Din dalam ucapan alu-aluannya menyatakan rasa penghargaannya kepada para penaja dan sokongan yang berterusan daripada pelbagai pihak di negara ini.

KLIHF 2016 kali ke-2 ini akan berlangsung sehingga 5 Jun selepas mencatat kejayaan cemerlang pada tahun lepas, dengan jumlah kutipan jualan sebanyak RM6.3 juta daripada 150 vendor.

Warga Brunei Press Sdn Bhd bergambar ramai bersama tetamu kehormat.
Warga Brunei Press Sdn Bhd bergambar ramai bersama tetamu kehormat.

Antara yang ikut serta dalam pameran kali ini ialah selebriti-selebriti terkenal termasuk Ustaz Don Danial, Umie Aida, Yatt Hamzah, Heliza Helmi, Lisdawati, Bety Banafe, Mia Suria dan ramai lagi. Para sele-briti membawakan koleksi raya dan jenama masing-masing untuk dijual di Selebrity Pavilion.

KLIHF 2016 diadakan di Brunei atas permintaan tinggi terhadap busana Muslimah di negara ini, kuasa membeli rakyat Brunei yang lebih disebabkan mata wang yang tinggi, gaya hidup yang hampir sama dan penerimaan baik produk Malaysia selain penggemar setia busana jenama Malaysia.

YAM Pengiran Anak Hajah Siti Radhiah dan YAM Pengiran Anak Wahidah Widadul Bolqiah melancarkan Pameran Perdagangan Fesyen Muslimah Antarabangsa.
YAM Pengiran Anak Hajah Siti Radhiah dan YAM Pengiran Anak Wahidah Widadul Bolqiah melancarkan Pameran Perdagangan Fesyen Muslimah Antarabangsa.

 

Pengurus Besar Brunei Press Sdn Bhd, Reggie See ketika menyampaikan cenderahati kepada tetamu kehormat.
Pengurus Besar Brunei Press Sdn Bhd, Reggie See ketika menyampaikan cenderahati kepada tetamu kehormat.

Pameran ini merupakan platform terbaik untuk usahawan fesyen dari Malaysia bagi mencari tapak dan wakil jualan jenama mereka di Brunei.

Pada tahun lalu, kebanyakan jenama yang turut serta dalam KLIHF 2015 telah berjaya mendapat pasaran baru di Brunei dengan hebatnya.

Untuk tahun ini, KLIHF turut menawarkan lebih 100 busana raya percuma sumbangan para peserta untuk cabutan bertuah kepada para pengunjung se-panjang empat hari pameran.

Berbeza tahun lalu, kemasukan ke pameran tahun ini adalah percuma.

Orang ramai mengunjung Pameran Perdagangan Fesyen Muslimah Antarabangsa.
Orang ramai mengunjung Pameran Perdagangan Fesyen Muslimah Antarabangsa.

 

ARTIKEL YANG SAMA