Klinik bola sepak bersama SOBD

Klinik bola sepak bersama SOBD

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Sept – Dalam usaha mengetengahkan sukan bola sepak kepada ahli-ahli Persatuan Olimpik Khas Brunei Darussalam (SOBD), Unified Football sebuah pertubuhan bukan kerajaan mengadakan klinik bola sepak di Padang Bola Sepak, Kementerian Pembangunan, Berakas.

Hadir ke majlis itu ialah Pengerusi SOBD, Leftenan Kolonel (B) Pengiran Rambli bin Pengiran Haji Bunut, jawatankuasa dan ahli SOBD serta barisan jemputan lain.

Tema kali ini ‘Unity’ membawa sasaran menyatukan mereka yang kurang upaya intelektual melalui pelbagai aktiviti.

Tetamu kehormat bergambar ramai bersama ahli-ahli SOBD.
Tetamu kehormat bergambar ramai bersama ahli-ahli SOBD.

Sementara itu, beberapa aktiviti juga akan diadakan pada 24 September ini yang diadakan bersama sambutan Eunice Kennedy Shriver Day (EKS Day) dan kira-kira 50 ahli SOBD akan menyertai aktiviti tersebut di mana ia merupakan kali ketujuh diadakan di peringkat global.

Pengerusi SOBD juga menyatakan harapan supaya aktiviti kali ini akan berjaya mempromosikan gaya hidup sihat melalui kesihatan badan, minda dan sikap.

ARTIKEL YANG SAMA