Klinik, hospital perlu tingkat perkhidmatan

Klinik, hospital perlu tingkat perkhidmatan

DIUCAPKAN tahniah kepada Kementerian Kesihatan kerana mendapat menteri baru, seorang profesional perubatan dan juga pakar bedah iaitu Yang Berhormat Dato Paduka Dr. Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi.

Beliau adalah doktor kedua dilantik menerajui Kementerian Kesihatan, selepas Dato Dr. Haji Johar bin Dato Nordin, yang dilantik menjadi Menteri Kesihatan pada 1986 -1997).

Diharap dengan pelantikan tersebut, akan meningkatkan lagi mutu perkhidmatan serta membawa perubahan bagi membantu memudahkan orang ramai berjumpa doktor atau apabila berurusan dengan mana-mana hospital atau klinik-klinik di mukim-mukim tertentu.

Berdasarkan pengalaman sendiri berurusan di hospital dan klinik-klinik, saya berdepan beberapa perkara yang perlu diambil perhatian dan diperbaiki.

Misalnya, sistem beratur (Queing System) di klinik-klinik tertentu kadangkala agak menyusahkan orang ramai khususnya pada waktu klinik dibuka sebelah pagi dan tengah hari yang mana sering kali berlaku kejadian berebut-rebut dan ‘memotong barisan’ semasa mendapatkan nombor giliran berjumpa doktor sebaik sahaja pintu klinik dibuka jam 7:45 pagi dan 1:30 petang.

Keadaan seperti ini yang saya lihat terjadi di Klinik Sengkurong, boleh menyebabkan rasa tidak puas hati kerana yang di hadapan sekali akan dipotong oleh orang terkemudian.

Oleh itu saya cadangkan agar dapat disediakan pengawal keselamatan bagi mengawal keadaan ini supaya lebih teratur dan tenang, sebagaimana yang dibuat di Pusat Pergigian Kebangsaan, Berakas.

Selain itu, saya dapati sistem pengambilan ubat hendaklah diperbaiki kerana kalau sudah jam 10 pagi, orang ramai ada yang terpaksa menunggu sehingga tiga jam sebelum gilirannya dipanggil.

Keadaan ‘masa menunggu’ untuk berjumpa doktor di Bahagian Kecemasan juga perlulah diperbaiki.

– Pesakit dan Pengambil Ubat, Kampung Kiulap, BSB.

ARTIKEL YANG SAMA