Klinik kereta...

Klinik kereta api bergerak bantu penduduk pedalaman

PIENAARSRIVIER – Bunyi siren kedengaran sebaik sahaja sebuah kereta api menghampiri stesen yang terletak di bandar Pienaarsrivier, salah sebuah wilayah terpencil di Afrika Selatan. Orang ramai daripada pelbagai jantina dan usia penuh sabar menunggu kereta api sepanjang 19 gerabak yang tertera perkataan Transnet-Phelophepa itu berhenti.

Kehadiran mereka bukan sebagai penumpang, sebaliknya pesakit yang ingin melakukan pemeriksaan dan rawatan kesihatan percuma.

“Mereka (penduduk) sudah lama menunggu di sini untuk menyambut ketibaan kami,” kata pengurus operasi kereta api berkenaan, Anna Mokwena yang juga merupakan seorang jururawat.

Puluhan penduduk yang terdiri daripada warga emas dan kanak-kanak mula mengerumuni kereta api itu untuk mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan sebaik sahaja ia berhenti.

“Kami sangat gembira. Saya mempunyai dua pasang cermin mata dan saya berpeluang berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan.

Orang ramai yang terdiri daripada pelbagai jantina dan usia sabar menunggu kereta api sepanjang 19 gerabak yang tertera perkataan Transnet-Phelophepa itu berhenti. Kehadiran mereka bukan sebagai penumpang sebaliknya pesakit yang ingin melakukan pemeriksaan dan rawatan kesihatan percuma.

Ia menawarkan perkhidmatan kesihatan asas, pemeriksaan gigi, psikologi, mata serta ubat-ubatan kepada penduduk terlibat yang rata-ratanya menetap di kawasan pedalaman.
Ia menawarkan perkhidmatan kesihatan asas, pemeriksaan gigi, psikologi, mata serta ubat-ubatan kepada penduduk terlibat yang rata-ratanya menetap di kawasan pedalaman.
Lebih 24 juta pesakit telah menerima perkhidmatan yang diiktiraf sebagai klinik bergerak terbesar di dunia itu. Pesakit akan dikenakan caj sekitar 30 rand (AS$2.30) untuk sepasang cermin mata, 10 rand bagi rawatan pergigian dan lima rand untuk ubat-ubatan.

“Kami tiba seawal pukul lima pagi kerana mahu mendapat nombor giliran. Saya dan beberapa rakan lain berusaha datang ke sini kerana tidak mahu terlepas peluang mendapatkan perkhidmatan kesihatan percuma,” kata Janette Rakgetse, 60, yang menetap di sebuah perkampungan di Hammanskraal.

Klinik kereta api bergerak itu akan berada di sekitar Pienaarsrivier selama dua minggu sebelum meneruskan perjalanan ke wilayah Ladysmith di timur negara berkenaan.

Ia menawarkan perkhidmatan kesihatan asas, pemeriksaan gigi, psikologi, mata serta ubat-ubatan kepada penduduk terlibat yang rata-ratanya menetap di kawasan pedalaman.

Sukarelawan terlibat terdiri daripada kakitangan perubatan tetap dan pelajar tahun akhir jurusan perubatan dari seluruh universiti di Afrika Selatan.

Lazimnya, mereka bertugas selama dua minggu sebelum digantikan oleh pasukan sukarelawan lain.

‘Kereta api harapan’

Secara purata, pasukan ini melakukan pemeriksaan dan rawatan kepada 400 pesakit sehari yang dibiayai sepenuhnya oleh Trasnet iaitu pengendali perkhidmatan kereta api milik kerajaan.

“Kami membantu memulihkan penglihatan orang ramai supaya mereka boleh berdikari dan bergerak. Klinik ini memberi harapan kepada mereka.

“Saya gembira sekiranya berpeluang memberikan perkhidmatan di sini,” kata, Percy Makgwane, 22, yang merupakan pelajar tahun empat jurusan Optik di Universiti Limpopo.

Perkhidmatan klinik kereta api bergerak yang pertama di negara itu dimulakan pada tahun 1994 dengan hanya tiga buah gerabak sebelum bertambah kepada 19 buah ketika ini.

Selain itu, syarikat tersebut turut membiayai klinik kereta api bergerak kedua dengan kos 80 juta rand ($6.2 juta euro, 5.8 juta euro).

Phelophepa bermaksud mempunyai kesihatan baik dan optimum dalam dialek salah satu suku di negara itu, Tswana dan Sotho.

Lebih 24 juta pesakit telah menerima perkhidmatan yang diiktiraf sebagai klinik bergerak terbesar di dunia itu.

Secara purata, pasukan ini melakukan pemeriksaan dan rawatan kepada 400 pesakit sehari yang dibiayai sepenuhnya oleh Trasnet iaitu pengendali perkhidmatan kereta api milik kerajaan.
Secara purata, pasukan ini melakukan pemeriksaan dan rawatan kepada 400 pesakit sehari yang dibiayai sepenuhnya oleh Trasnet iaitu pengendali perkhidmatan kereta api milik kerajaan.
Sukarelawan terlibat terdiri daripada kakitangan perubatan tetap dan pelajar tahun akhir jurusan perubatan dari seluruh universiti di Afrika Selatan. Lazimnya, mereka bertugas selama dua minggu sebelum digantikan oleh pasukan sukarelawan lain.

Pesakit akan dikenakan caj sekitar 30 rand (AS$2.30) untuk sepasang cermin mata, 10 rand bagi rawatan pergigian dan lima rand untuk ubat-ubatan.

“Caj yang murah menyebabkan perkhidmatan ini mendapat sambutan daripada golongan miskin yang tinggal jauh di pedalaman.

“Kami hanya membantu mereka untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan bukan mengambil alih peranan hospital. Kami merupakan pilihan kedua yang membantu mereka,” tambah Mokwena.

Perkhidmatan itu turut memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat seperti tukang cuci, pengangkut barang dan pengawal keselamatan.

Masalah kekurangan kakitangan perubatan profesional dan doktor antara senario biasa di negara yang mempunyai lebih 53 juta penduduk itu dan wilayah Limpopo antara paling terkesan dengan permasalahan berkenaan.

“Ia sangat membantu orang ramai kerana mereka tidak berpeluang mendapatkan perkhidmatan seumpamanya di sini,” kata ahli farmasi, Mizo Zulu.

Setiap kereta api mempunyai 22 kakitangan tetap, 16 kakitangan keselamatan dan 40 pelajar untuk setiap perjalanan.

Gerabak-gerabak berwarna putih yang dipenuhi perkataan Phelophepa itu bergerak menggunakan lokomotif yang dijana kuasa elektrik atau diesel bergantung kepada lokasi perjalanan.

Semua kereta api akan menjelajah selama sembilan bulan setiap tahun di seluruh negara itu termasuk di kawasan terpencil.

Jadual perjalanan kereta api di setiap lokasi akan dihebahkan lebih awal menerusi siaran radio atau iklan di akhbar selain poster dan risalah.

“Saya mahu melihat kereta api ini dengan mata saya sendiri. Saya akan mengajak orang lain ke sini untuk mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan,” kata seorang warga emas, Rakgetse. – AFP