Klinik kereta di Pusat Servis Indera Motors

Klinik kereta di Pusat Servis Indera Motors

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Nov – Indera Motors Sdn Bhd, pengedar tunggal kenderaan jenama Jaguar dan Land Rover di Negara Brunei Darussalam, menganjurkan satu lagi klinik kereta bagi tahun 2016, bersempena dengan musim cuti persekolahan.

Klinik berkenaan yang telahpun bermula kelmarin hingga 3 Disember ini, di Pusat Servis Indera Motors di Kawasan Perindustrian Lambak Kanan, Berakas, dibukakan kepada semua pemilik kereta Jaguar dan Land Rover daripada pelbagai generasi di mana mereka berpeluang mendapatkan pemeriksaan kesihatan kereta 30-titik dan pemeriksaan cat secara percuma.

Menurut kenyataan Indera Motors Sdn Bhd, hari ini, setakat ini sambutan daripada pemilik kereta Jaguar dan Land Rover sangat menggalakkan kerana telah dilaporkan sekurang-kurangnya 25 pelanggan telah membuat perjanjian setiap hari bagi tujuan pemeriksaan.

Bagi meningkatkan keyakinan para pemilik kereta Jaguar dan Land Rover semasa klinik perkhidmatan berkenaan, kakitangan servis diketuai oleh Pengurus Teknikal Jaguar Land Rover bagi Asia Pasifik, Peter Hansson.

Peter Hansson (tengah) bergambar ramai bersama pegawai dan kakitangan Indera Motors Sdn Bhd.
Peter Hansson (tengah) bergambar ramai bersama pegawai dan kakitangan Indera Motors Sdn Bhd.

Sebagai orang yang bertanggungjawab bagi sokongan teknikal, jaminan, teknikal runcit dan standard-standard bengkel, pelanggan dapat meluahkan kebimbangan mereka terus kepada Peter Hansson untuk mendapatkan nasihat pakar yang terbaik bagi kenderaan masing-masing.

Menurut kenyataan itu lagi, dengan cuti sekolah akhir tahun dan Tahun Baru Cina semakin dekat, klinik servis berkenaan diadakan tepat masanya untuk pelanggan-pelanggan merasakan ketenangan dengan mengetahui bahawa kereta mereka dijaga dengan baik sebelum permulaan musim cuti berkenaan.

Sementara menunggu pemeriksaan kereta mereka, para pelanggan ditawarkan untuk menguji pandu model-model terbaru Jaguar dan Land Rover sekaligus mendapatkan baucar dari Coffee Bean atau Bake Culture bagi setiap uji pandu.

Ini adalah selaras dengan promosi istimewa musim cuti, yang mana setiap pembelian model Jaguar atau Land Rover bermula 1 Oktober hingga 31 Disember 2016, pelanggan akan menerima hadiah percutian sama ada dua tiket penerbangan pergi balik ke Bali dengan penginapan tiga hari dua malam, baucar bernilai $2,000 bagi barangan Jaguar dan Land Rover, penginapan enam hari lima malam di Hotel Empire dengan lima rawatan spa secara percuma bagi dua orang atau memenangi peranti Apple iPhone 7.

Indera Motors Sdn Bhd juga bekerjasama dengan Syarikat Sin Hup Huat, yang mana semua pelanggan yang menghantar kereta mereka

semasa klinik servis berkenaan boleh mendapatkan pakej tayar khas yang dihasilkan istimewa untuk pemilik kereta Jaguar dan Land Rover.

Di samping itu, BM-Supply Motor Sdn Bhd kini menawarkan beg kalis air Castrol secara eksklusif untuk setiap kereta Jaguar dan Land Rover yang berdaftar semasa acara enam hari itu.

Semasa pemeriksaan, pelanggan berpeluang untuk mengetahui sama ada kereta mereka dalam keadaan yang sangat baik atau terdapat pembaikan yang perlu dilakukan untuk memastikan bahawa mereka mendapat yang terbaik daripada kereta mereka.

Waktu pemeriksaan adalah dari jam 9 pagi hingga 5 petang pada Isnin hingga Jumaat, kecuali Jumaat yang ditutup dari 11:30 pagi hingga 2 petang dan 9 pagi hingga 12:30 tengah hari pada Sabtu.

Manakala itu, bilik pameran mereka dibuka setiap Isnin hingga Khamis dari jam 8 pagi hingga 5 petang, Jumaat dari 8 pagi hingga 11:30 pagi dan 2.30 petang hingga 5 petang, dan Sabtu 8 pagi hingga 4 petang.