Klinik Servis Indera Motors bermula 23 Mei

Klinik Servis Indera Motors bermula 23 Mei

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Mei – Indera Motors, pengedar tunggal kenderaan jenama Jaguar dan Land Rover di Brunei Darussalam akan mengadakan Klinik Servis pertamanya bagi 2016 dengan menawarkan pemeriksaan 30 bahagian dan pemeriksaan cat rangka kereta kepada semua pelanggannya bermula 23 hingga 28 Mei 2016.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Indera Motors, pemeriksaan ini adalah untuk semua pelanggan yang memiliki kereta Jaguar atau Land Rover bagi tempoh lebih setahun hingga tujuh tahun.

Objektif klinik ini adalah untuk menekankan dan memberi jaminan kepada pelanggan bahawa keperluan mereka dijaga walaupun selepas membeli kereta.

Bagi klinik itu nanti, Indera Motors mendatangkan pakar-pakar teknikal dari pejabat utama di Singapura, di mana sepanjang tempoh itu, dua orang jurutera berkelayakan akan meneliti keperluan pelanggan.

Mengetuai pemeriksaan itu ialah Pengurus Teknikal Jaguar Land Rover berkelayakan, Desmond Yap dan beliau akan disokong oleh Sokongan Teknikal Pengedar Jaguar Land Rover, Riezali Gani.

Pengurus Eksekutif Kanan, Indera Motors, Ong Ching Chai dipetik sebagai berkata,” Bersempena Hari Raya yang bakal menjelang, kami memutuskan untuk memberikan layanan istimewa kepada pelanggan kami supaya pelanggan kami boleh meraikan Hari Raya dengan tenang apabila mengetahui kereta mereka dijaga.”

Pelanggan boleh memilih temu janji dalam tempoh promosi untuk mendapatkan pemeriksaan bagi kereta mereka, yang boleh dilakukan dalam waktu bekerja.

Semasa pemeriksaan, pelanggan akan berpeluang untuk mengetahui sama ada kereta mereka dalam keadaan baik atau apa yang perlu dilakukan untuk memastikan mereka mendapatkan yang terbaik daripada kereta mereka.

ARTIKEL YANG SAMA