Klinsmann beri amaran

Klinsmann beri amaran

LOS ANGELES, 6 Julai (AFP) – Jurgen Klinsmann berkata pasukan Amerika Syarikat (AS) perlu mempertahankan mahkota Piala Emas CONCACAF dengan cara yang sukar apabila sepak mula diadakan esok dengan badan induk serantau masih merasai tempias skandal rasuah FIFA.

AS, berada di kedudukan menarik selepas kempen Piala Dunia tahun lepas dan kemenangan perlawanan persahabatan ke atas Jerman dan Belanda, bermula sebagai pilihan bagi perlawanan yang diadakan setiap dua tahun itu yang bermula dari 7 hingga 26 Julai.

Tetapi Klinsmann memberi amaran kepada pemainnya untuk menjangkakan cabaran sukar daripada pesaing yang dilihat untuk bertahan, dalam perbandingan kepada Piala Dunia, di mana pasukan lawan lebih suka mengharungi cabaran menentang pasukan AS yang dikenali sebagai pasukan bawahan.

“Kami berada di bawah jangkaan memenangi perlawanan ini,” kata Klinsmann. “Walaupun kami tahu pasukan seperti Honduras, Costa Rica dan Mexico semuanya pasukan yang bagus dan boleh menewaskan kami, anda perlu berada pada kedudukan teratas.

Jurgen Klinsmann (kanan) bercakap kepada pemain Jerman Christoph Kramer selepas aksi persahabatan AS dan Jerman di Cologne, 10 Jun lalu. – Reuters
Jurgen Klinsmann (kanan) bercakap kepada pemain Jerman Christoph Kramer selepas aksi persahabatan AS dan Jerman di Cologne, 10 Jun lalu. – Reuters

“Ia bukanlah perlawanan terbuka seperti dalam Piala Dunia di mana anda mempunyai pasukan terbaik dan mereka hanya menghala menuju anda. Sebaliknya ia bertentangan dengan kebanyakan perlawanan kami pada Piala Emas.

“Mereka akan bertahan terlebih dahulu dan kemudian berharap melakukan serangan atau persembahan menarik untuk menewaskan kami.”

Klinsmann menamakan skuad kuat bagi perlawanan itu yang bergantung ke atas pemain veteran Piala Dunia di Brazil, ketika dia berusaha untuk meningkatkan semangatnya.

ARTIKEL YANG SAMA