Klinsmann minta skuad bangkit

Klinsmann minta skuad bangkit

LOS ANGELES, 15 Nov – Pengendali Amerika Syarikat (AS) Jurgen Klinsmann menuntut anak buahnya tampil lebih garang bertemu Costa Rica dalam usaha mereka untuk bangkit daripada kekalahan kelayakan Piala Dunia di tangan Mexico.

Skuad Klinsmann tewas kepada Mexico di Columbus pada Jumaat lalu apabila tandukan Rafa Marquez memastikan kemenangan buat skuad El Tri di Stadium Mapfre.

Kekalahan itu memberi tamparan hebat buat AS pada pusingan pembukaan peringkat kelayakan terakhir Piala Dunia 2018 bagi zon CONCACAF.

Walaupun masih ada banyak perlawanan perlu diharungi dalam saingan round robin enam negara itu, AS terdesak untuk mengelak daripada tewas kepada Mexico dan Costa Rica – pesaing utama mereka untuk tiket kelayakan automatik ke Rusia.

Klinsmann beercakap kepada wakil media dalam satu sidang akhbar di Stadium Nasional, San Jose kelmarin menjelang aksi kelayakan Piala Dunia menentang Costa Rica. – AFP
Klinsmann beercakap kepada wakil media dalam satu sidang akhbar di Stadium Nasional, San Jose kelmarin menjelang aksi kelayakan Piala Dunia menentang Costa Rica. – AFP

Tiga pasukan teratas layak secara automatik untuk pusingan akhir manakala pasukan di tangga keempat akan bersaing dalam penentuan play-off.

“Kami perlu mempunyai rasa marah dalam diri setiap orang dan bangkit segera kerana kami tidak mahu ketinggalan dalam kumpulan,” kata Klinsmann.

“Semua perlawanan kelayakan cukup sengit, sukar dan para pemain sudah bersedia untuk menghadapi situasi sebegini.”

Dalam perlawanan lain esok, Panama akan bertemu Mexico manakala Trinidad & Tobago bertandang ke Honduras. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA