Klinsmann pilihan utama ganti Hodgson

Klinsmann pilihan utama ganti Hodgson

LONDON, 4 Julai – Pengganti Roy Hodgson sebagai pengendali England perlu diberikan kontrak berdasarkan prestasi pasukan selepas Ketua Eksekutif Persatuan Bola Sepak England (FA), Martin Glenn mendakwa badan induk itu terlalu ‘naif’ satu ketika dahulu.

Hodgson mengundurkan diri selaku pengurus The Three Lions selepas England tersingkir daripada Euro 2016 susulan tewas di tangan Iceland namun usaha mencari penggantinya sedang giat dijalankan dengan Jurgen Klinsmann dikatakan menjadi pilihan utama.

Namun, Glenn berkata FA perlu mengambil langkah baharu untuk mempertimbangkan pembayaran gaji yang akan ditawarkan kepada jurulatih yang dipilih dan dia turut menekankan tawaran gaji yang ditawarkan kepada Fabio Capello dan Sven-Goran Eriksson sebelum ini.

“Saya tidak boleh katakan berapa jumlah gaji yang sepatutnya kami bayar. Roy menerima bayaran yang tinggi namun itu cumalah separuh sahaja daripada apa yang Fabio perolehi,” kata Glenn.

“Kesilapan ketika kami menawarkan kontrak kepada Sven dan Fabio adalah kami tidak menetapkan tanda aras untuk bayaran yang sepatutnya. Kami begitu naif.

Jurgen Klinsmann dikatakan menjadi pilihan ut2ama sebagai pengendali England selepas Hodgson mengundurkan diri selaku pengurus The Three Lions selepas England tersingkir daripada Euro 2016 susul-an tewas di tangan Iceland. - AP
Jurgen Klinsmann dikatakan menjadi pilihan ut2ama sebagai pengendali England selepas Hodgson mengundurkan diri selaku pengurus The Three Lions selepas England tersingkir daripada Euro 2016 susul-an tewas di tangan Iceland. – AP

“Saya berpendapat kami perlu meletakkan tanda aras untuk individu yang betul. Dalam kes ini, ia perlu berdasarkan kualiti dan persembahan.

“Pandangan saya adalah sebegini, apakah tanda aras untuk pengurusan bola sepak berkelas dunia? Bagi mendapatkan pengurus yang baik yang memperoleh gaji STG4 juta buat masa ini, maka kita juga perlu menawarkan perkara sama.”

Glenn turut menegaskan betapa FA memiliki struktur kewangan yang kukuh untuk bersaing dengan pasukan hebat yang lain bagi menarik individu terbaik yang mampu memikul tanggungjawab selaku pengurus. – Agensi

ARTIKEL YANG SAMA