Klitschko bertarung Fury bulan depan

Klitschko bertarung Fury bulan depan

BEVERLY HILLS, California, 8 Okt (Agensi) – Wladimir Klitschko sudah pun pulih daripada kecederaan kaki kirinya, dan juara heavyweight itu berkata dia bersedia mempertahankan gelarannya menentang Tyson Fury bulan depan.

Klitschko akan memulakan latihan kurang dari minggu di kem biasanya di pergunungan Alps Austria, menurut juara itu semalam sambil berehat seketika dari pemulihan di California.

Pertarungan ditangguhkan lima minggu selepas Klitschko mengalami kecederaan dalam latihan bulan lalu. Pertarungan itu dijadualkan kembali bagi 28 November di Esprit Arena di Duesseldorf, Jerman di mana kapasiti 55,000 penonton dijangka biarpun perubahan ke atas tarikh.

Klistchko (64-3, 53 KO) tidak pernah mengalami kecederaan kaki sebelum ini, tetapi dia tahu rehat dan pemulihan adalah sesuai untuk bertarungan ketika dalam kecederaan, seperti yang dilakukan Manny Pacquiao ketika menentang Floyd Mayweather Jr. pada Mei lalu.

“Saya mengalami banyak kecederaan dalam tempoh 25 tahun, dan sebahagiannya, anda boleh bersaing dan dalam keadaan baik,” kata Klitschko. “Dengan yang lain, anda tidak dapat. Ia tergantung. Adakah ia bernilai kepada anda untuk mencubanya? Anda tidak mahu terjejas apabila anda bertarung dan kemudian mendengar sesuatu seperti yang kita dengar dari Pacquiao, yang berkata, “Ya, saya bertarung dan mengalami kecederaan bahu,: yang mana adalah kenyataan yang tidak bagus selepas pertarungan.”

Walaupun penangguhan selama lima minggu, hampir kesemua tidak terdapat peminat memulangkan tiket di Jerman, di mana Klitscho begitu popular.