Klitschko mahu balas dendam

Klitschko mahu balas dendam

KIEV, 3 Dis (Reuters) – Vladimir Klitscko mahu pertarungan semula menentang Tyson Fury untuk cuba merampas kembali gelaran tinju heavyweight dunia, katanya semalam.

Bekas pemegang gelaran IBF, WBA dan WBO kelahiran Ukraine itu mendapatkan haknya untuk meminta pertemuan kali kedua bersama petinju Inggeris itu, yang menewaskannya dalam mata kemenangan sebulat suara di Duesseldorf pada Sabtu lalu.

Klitschko, 39, berkata: “Saya mempunyai hadiah pra musim Krismas buat Tyson Fury dan semua peminat tinju di seluruh dunia: Saya akan menggunakan pilihan kontrak saya bagi pertarungan semula menentang Fury. Jadi…pertarungan 2016 masih berlangsung.”

Klitschko (kiri) ketika menentang Tyson untuk gelaran heavyweight, baru-baru ini. – Reuters
Klitschko (kiri) ketika menentang Tyson untuk gelaran heavyweight, baru-baru ini. – Reuters

Dia berkata dalam laman sesawangnya dia berasa “kecewa” selepas pertarungan Sabtu lalu tetapi menambah: “Selepas beberapa malam, saya sekarang tahu bahawa saya mahu untuk menunjukkan yang lebih baik berbanding persembahan saya pada Sabtu lalu. Kegagalan bukanlah satu pilihan.”

Pelatih dan pakcik Fury, Peter Fury, memberitahu televisyen Sky Sport bahawa pasukannya gembira dengan pertarungan semula. “Ia adalah dalam kontrak. Kami gembira untuk menerimanya.”

Maklumat terperinci masih lagi diusahakan tetapi pelatih itu berkata Stadium Wembley di London pada tahun depan adalah satu kemungkinan tempat berlangsungnya perlawanan itu.