Klopp akhiri tahun setaraf Man United

Klopp akhiri tahun setaraf Man United

LONDON, 31 Dis (Reuters) – Juergen Klopp enggan untuk menyatakan Liverpool sebagai pesaing gelaran Liga Perdana semalam selepas menamatkan tahun ini dengan mengutip mata sama dengan Manchester United dan ketinggalan sembilan mata di belakang pendahulu Arsenal.

“Saya tidak tahu,” pengurus itu memberitahu televisyen Sky Sports selepas Liverpool, yang kemenangan kali terakhir Liga Perdana pada 1990, mencatatkan kemenangan 1-0 di Sunderland.

“Anda boleh melihat kami mencatatkan 30 mata. Saya rasa pada ketika ini Liverpool merasakan tidak begitu teruk dan dalam persekitaran Man United adalah tidak bagus.

“Kami mahukan sekurang–kurangnya 30 mata, kami mendapatkannya, ia sempurna.”

United dilihat sebagai pesaing sepanjang musim ini biarpun kekurangan persembahan tetapi kehangatan ke atas pengurus Louis van Gaal yang pasukannya melalui lapan perlawanan tanpa kemenangan.

Jurgen Klopp meraikan kemenangan bersama penjaga gol Simone Mignolet selepas perlawanan itu. – Reuters
Jurgen Klopp meraikan kemenangan bersama penjaga gol Simone Mignolet selepas perlawanan itu. – Reuters

Klopp, sekarang dengan 11 perlawanan liga sejak tiba di Liverpool bagi menggantikan Brendan Rodgers yang dipecat, berkata banyak perkara menuju ke arah yang tepat.

“Saya boleh melakukan lebih baik lagi, tetapi sudah tentu saya kadang kala melakukan yang terburuk dalam kehidupan jadi segalanya dalam keadaan OK,” kata pengurus dari Jerman itu.

Menentang Sunderland dengan kekentalan pertahanan, pasukan kedua tercorot dan terdesak bagi keputusan seri bagi menghindarkan kekalahan kelima berturut, Liverpool mencari jaringan lebih awal tetapi mendapatinya sukar.

“Kami menghadapi keadaan kami sendiri menentang pasukan pertahanan yang bagus, hampir sepanjang permainan bertahan sahaja yang menjadikan sukar bagi kami,” kata Klopp, yang bercakap kepada pemain pada separuh masa pertama mengenai perlu untuk memberikan lebih banyak tekanan.

ARTIKEL YANG SAMA