Klopp bangkitkan semangat Istanbul

Klopp bangkitkan semangat Istanbul

LIVERPOOL, 15 April (AFP) – Pengurus Liverpool Jurgen Klopp mendedahkan dia telah membangkitkan semangat kebangkitan terkenal kelab itu dalam Liga Juara-Juara di Istanbul bagi memberikan inspirasi kepada pasukannya dalam kemenangan Liga Europa ke atas Borussia Dortmund.

Ketinggalan dua jaringan tanpa balas pada babak kedua suku akhir semalam, dan 3-1 menerusi agregat, Klopp mengingatkan pemainnya malam yang tidak dapat dilupakan pada Mei 2005 apabila bekas kapten Steven Gerrard memberikan inspirasi kepada rakan sepasukannya untuk bangkit setelah ketinggalan 3-0 dan mengatasi AC Milan dalam sepakan penalti penentuan.

Divock Origi dengan segera mengurangkan jurang dan walaupun Marco Reus kemudian kembali menjaringkan gol bagi Dortmund, gol Philippe Coutinho dan Mamadou Sakho memberikan semangat di Anfield yang menyaksikan Dejan Lovren membuat tandukan kemenangan minit akhir bagi melengkapkan kemenangan agregat 5-4 yang luar biasa.

“Ia persekitaran yang bagus pada babak pertama kerana saya berpuas hati dengan permainan, bukan dengan jaringan, tetapi dengan perlawanan pada umumnya,” kata Klopp selepas kejayaan ke atas bekas kelabnya itu.

“Saya memberitahu para pemain, saya tidak berada di sana, tetapi beberapa pemain Liverpool yang sedikit berusia dan bertugas sebagai pakar untuk stesen televisyen, mereka ketinggalan 3-0 pada babak pertama dan memenangi Liga Juara-Juara.

Klopp meraikan kejayaan Liverpool membenam Dortmund dalam aksi timbal balik suku akhir Liga Europa di Anfield, semalam. – AP
Klopp meraikan kejayaan Liverpool membenam Dortmund dalam aksi timbal balik suku akhir Liga Europa di Anfield, semalam. – AP

“Walaupun ia tidak serupa, sudah pasti mungkin dan kita seharusnya mencuba. Apabila kami menjaringkan gol, semua orang dapat melihatnya – sesuatu berlaku di stadium. Anda boleh mendengarnya, anda boleh merasakannya dan anda boleh menghidunya.”

Jaringan ketiga Dortmund pada malam itu, dengan bijak diberikan oleh Mats Hummels dan gol dari Reus pada minit ke-57, secara sementara dilihat menjejaskan perjalanan Liverpool, tetapi Klopp berkata tindak balas pasukannya mendedahkan karakter sebenar mereka.

“Pada saat itulah dalam bola sepak dan kehidupan di mana anda perlu menunjukkan sikap,” kata pengurus dari Jerman itu yang menggantikan Brendan Rodgers Oktober lalu.

“Itulah yang dilakukan para pemain. Bagus untuk menyaksikannya. Sudah tentu untuk kembali dalam perlawanan seperti ini menentang pesaing yang berkualiti tinggi dan menang, anda memerlukan sedikit nasib.

ARTIKEL YANG SAMA