Klopp buru formula kemenangan Liverpool

Klopp buru formula kemenangan Liverpool

LONDON, 26 Ogos – Jurgen Klopp kembali ke babak persaingan perlawanan pertamanya sebagai pengurus Liverpool di Tottenham Hotspurs dalam persaingan Liga Perdana esok, masih memburu formula kemenangan yang efektif.

Kemenangan tipis Liverpool 4-3 di Arsenal dalam perlawanan pembukaan liga, tetapi tewas 2-0 di Burnley hujung minggu lalu sebelum kembali bangkit untuk menewaskan pasukan divisyen dua Burton Albion 5-0 dalam Piala Liga.

Spurs mencatatkan keputusan seri di Everton sebelum menyingkirkan Crystal Palace hujung minggu lalu dan Klopp percaya kedua buah pasukan memiliki perkembangan dengan cara yang sama sejak seri 0-0 dalam kunjungan terakhirnya ke White Hart Lane pada Oktober lalu.

“Kedua buah pasukan secara konsisten berada dalam skuad itu. Terdapat beberapa pemain baru, tetapi tidak banyak perubahan,’ kata pengurus dari Jerman itu, yang menyaksikan pasukannya tewas di Burnley biarpun menguasai 80 peratus kedudukan.

‘Ia adalah menarik apa yang berlaku di sana. Mereka masih kuat. Mereka membawa beberapa pemain yang bagus dengan asas dari bekas skuad mereka.

‘Bagi kami, segalanya mungkin baik, namun ia mungkin teruk. Kami masih dalam perjalanan. Pasukan saya memberikan banyak petanda baik untuk saling kerjasama.”

Barisan pemain Klopp tidak mungkin berbeza dari pasukan yang dipilihnya di Sprus dalam Liverpool, dengan Martin Skrtel satu–satunya pemain yang meninggalkan kelab itu sejak 10 bulan lalu. – AFP